Tuesday, June 19, 2012

stay away from MLM

benda ni sebenarnya dah hampir 2 bulan berlaku kat aku and aku tak berniat pun nak cerita secara umum,. tapi disebabkan geram and bukan aku seorang yang kena, aku rase aku tak dapat nak berdiam diri,. biarlah aku dituduh sebagai tutup periuk nasi orang ke ape,aku tak kisah,. yang penting apa yang terbeban dalam hati aku ni terlepas and apa yang aku sampaikan ni menjadi peringatan untuk kawan2 aku,.


benda ni berlaku bila tibe2 aku dapat call dari seorang kawan yang aku tak pernah rapat and even bercakap pun tak pernah sebenarnya ,. tiba2 call sebab nak ajak aku teman dia buat treatment,. aku pelik, asal ajak aku lak? napa tak ajak kawan2 rapat die yang lain? tapi masa tu aku tengah busy nak lintas jalan, so aku abaikan je la soalan dalam otak aku tu and just cakap, "tak boleh, aku kat tasik ni nak g training" ,. pastu die still pujuk cakap tak boleh ke teman die? die sanggup ambik aku kat tasik,. aku serba salah and tanya, napa tak ajak kawan2 die yang lain?,.. die jawab semua sibuk buat thesis,. so aku fikir, aku tak buat thesis sem ni, maybe sebab tu la die ajak aku,. tapi aku still serba salah nak teman sebab aku x nak skip aku punye training, so aku cakap la, lau ko nak pergi after maghrib boleh la aku teman, lau tak, tak dapat la,.die reply agak lambat and cakap, tak pe la, die pergi dulu

so, haritu aku tak ikut la die,. kebetulan keesokkannya, aku terjumpa one of her bestie and terus tanya kawan dia tu, "eh nini, yaya ada ajak tak ko pergi teman die buat treatment? and kawan die jawab, " tak. kenapa?" aku terkejut, habis tu mana die dapat no aku? aku ingatkan kawan2 die yang rapat ni la suggest aku teman die, tapi rupanya bukan,.walaupun pelik, aku diam je la and keep positive maybe sebab aku je la manusia yang tak busy masa tu,.

.................................................................................................................................................

kepelikan aku tak habis kat situ, hari isnin, after je aku habis kelas, tibe2 aku dapat lagi mesej dari yaya (bkn nama sebenar),tanya aku free tak petang tu,. aku yang sememangnya free, jawab je la free and tanya kenapa? yaya ajak aku teman die buat treatment lagi,..disebabkan rase bersalah tak dapat teman die haritu, tanpa banyak tanya aku jawab OK,.

petang tu die datang amik aku, tapi yang aku herannya die bukan datang sowrang2, tapi lam kereta tu ade lagi member die yang lain and aku tak kenal pun sape orang tu,. heh, dah ade member tapi ajak aku lagi,. aku da bengang!!,. ye lah, aku ingatkan die betul2 tak de member sebab tu ajak aku, tapi ade je pulak orang lain ngan die,. tanya punya tanya, die cakap kawan die ni pun bawak member sebab tu die nak bawak member gak,. lam otak, ouh maybe sebab die segan sowrang2 and xde partner, sebab tu ajak aku,so aku ok la sikit,.

dipendekkan cerita:

sampai la ke tempat yang dituju,. ( PART NI LA AKU TAK SUKA)

masuk je kat bangunan treatment tu, tetiba je aku terasa macam manusia asing,.. diorang semua macam dah familiar dengan satu sama lain, saling bertegur sapa and beramah mesra,. and aku je manusia baru kat situ,. hell yeah, aku sengih2 je la cam orang bodoh bile orang yang aku tak kenal tu menegur yaya,. aku pelik, pandang kiri kanan, tempat apa ni? aku budget datang teman yaya buat treatment kat specialist hospital dengan pakar doktor yang memang diiktiraf, tapi tak de lak aku nampak pakar2 doktor,. yang ada hanyalah lambakan manusia yang seusia dengan aku,..

ok, fine,. aku ikut orang, follow je la rentak die,. kehulu kehilir follow, lepas tu sampai la aku ke dalam bilik yang dipenuhi mesin yang rupanya lebih kurang cam cpu @ dalam kata lain dipanggil mesin Elife,.. alih2 masuk lam bilik tu, ngan aku2 sekali join treatment (haih, bukan aku peneman je ke?),.. lepas treatment, ade sesi feedback,. kat dewan sesi feedback, kitorang dibahagikan mengikut kekerapan datang and pangkat keahlian kitorang,. aku first timer, so berada la aku dalam kalangan bulatan budak2 first timer and perlu memberi feedback selepas menggunakan mesin terapi yang dikatakan bernilai DUA JUTA (katanya la),.. dengan intro mengatakan sesiapa yang menggunakan mesin terapi tu akan lebih b`ENERGETIC and positif,.. walhal aku tak rase pape pun and emcee yang terlebih pakar kedoktorannya cakap badan aku dalam bahaya sebab tak sensitif sedangkan orang lain semua at least ade la rase effect sikit2 cam lenguh la, pening la and whatsoever after guna mesin tu,..

lepas sesi feedback, pergi sembahyang berjemaah kat masjid negeri (katanya, "dunia, dunia juga, tapi ukhrawi kami tak lupa, walhal dah pukul 11 lebih kowt),.. after tu sambung lagi agendanya kat kedai mamak lak,..

sampai kat kedai mamak, lepas dpt tempat duduk, yaya pergi beli makanan, aku lak terkebil sowrang2 kat meja tanpa kenal seorang pun manusia kat situ,.

tibe2 ade la sowrang minah nama wani datang sweet talk aku and cerita macam2 yang bagus sal mesin terapi tu and last sekali cakap, "bella, beli la voucher sendiri, badan awak teruk tu sebab tak sensitif,.. awak tahu tak mesin basuh yang ade sensor tapi tak berfungsi dengan elok? bile mesin tu nak meletup, baru sensor tu bunyi,. sama la macam badan awak sekarang, contohnya lau awak ade kanser,. bile kanser tu dah ade diperingkat yang bahaya baru dapat detect,.mase tu tak ley buat pape dah, awak nak ke?? heh, aku terkebil2,. die tambah lagi, "hari ni yaya dah belanja awak, die guna kupon die sendiri sebab awak kawan die,tapi sampai bile awak nak guna kupon die? die maybe tak cakap, tapi awak patut tahu, treatment kat sini bukannya murah..sekarang ade promotion, bayar RM250 dapat 15 kali treatment + 15 kali pergi celebrity fitness, untung la, kitorang dulu mase beli, RM250 tu dapat 5 kali treatment je + 2 kali sesi percuma and dapat blackberry percuma (lau aku tak silap dgr),.

sape suruh ko belanja kupon tu dekat aku? bukan aku suruh pun!!pastu buat ayat budget aku lak yang patut berterima kasih, deim it!

aku cakap tak de duit, pastu die tanya, takkan tak de langsung kowt? aku cakap takde, ade RM50 je nak buat makan,. pastu die cakap, hah, tu ada, bayar sikit2 pun boleh,. lepas aku bayar makanan, ade la balance RM40 lebih, walaupun berat hati, aku bagi la jugak duit aku lam RM30,.. lepas bagi RM30, cepat2 die mintak IC aku and pergi photostat, aku blur2, seriously otak aku dah penat masa tu and tak dapat nak fikir apa2,.. dah bagi RM30, boleh lagi datang and tanya, takkan lam bank pun tak de duit? aku dengan bodohnya jawab, ade tapi RM200 je,..  pastu wani tu sambung talk lagi and cakap, "skrg ni ade promotion, promotion tu sekejap je tau, entah2 esok die da tutup,.. sebab dulu kan, start la cerita pasal seorang pacik yang mula2 ego tak nak beli, tapi esokkan dtg balik nak beli tapi promotion tu dah habis (kan dah rugi?),..

aku macam lembu kena cucuk hidung je masa tu, dah la sowrang2 , yaya pun hilang entah kemana,..

dah kena brainwash macam nak rak, aku pun dah termakan kata2 wani, baru la yaya dtg and mase tu wani arahkan yaya bawak aku g bank tuk keluarkan duit,..

so total malam tu aku dah bagi RM150 dekat diorang,..

hari2 seterusnya aku still ikut, ye la, aku da bayar kan, of course la aku ikut,.

seperti biasa, wani dtg manis2 muka, talk aku and cakap sampai melibatkan mak ayah lak, die tanya, "tak sayang mak ayah ke? tak nak ke bawak mak ayah datang sini? bagi guna terapi ni, bagi sihat? takkan bile mak ayah dah tak de, baru nak nyesal?

mase tu aku kena bayar lagi RM100 tuk dapatkan kupon tu,. aku pun cakap, of course la aku syg, tapi aku bukannya ade PTPTN or SCHOLAR, mana aku nak cekau duit? duit yang mak aku bagi tu pun cukup2 untuk makan and beli keperluan je,.. pastu wani tu senyum (seriously aku rase cam loser mase tu) and cakap, kawan2 kan ade, pinjam la dengan kawan2,.. wdf? sepanjang hayat aku tak penah pinjam duit ngan orang, tetiba nak pinjam? mmg tak la,. aku pun balas, "lau camtu, pinjam ngan wani je la" die pun cakap, "eh, napa lak nak pinjam ngan wani? bella kan ade kawan lain, pinjam la ngan kawan2" ,,. ok, tak pe, pinjam ngan yaya je la tie, dengan slumbernya aku jawab,. tapi wani balas balik, "eh, jangan la pinjam dengan yaya, ni pun die dah bayar kupon tuk awak, takkan nak mintak ngan die lagi? pinjam la dengan kawan lain,.

seriously aku rase nak mengamuk, aku tak suruh pun yaya tu byr untuk aku, tapi cara die cakap macam aku ni yang terhutang budi dengan yaya, serius shit!!


dalam tak sedar rupanya aku dah masuk MLM,. siap dibrainwash dengan kata2 motivasi macam, "awak ni bella, complicated sgt,. lagi satu emotional,..awak tahu tak kenapa wanita kat dunia ni banyak yang gagal? semua sebab emotional la,. dah kuatkan hati k, awak datang dengan orang yang hebat,yaya tu orang yang hebat dekat sini,. so awak mesti boleh jadi hebat macam die jugak, jangan sia-siakan peluang yang awak ade k"

dengan terharunya aku menerima nasihat dari seorang wanita yang digelar manusia hebat didalam bisnes MLM tu,..and after dipaksa menyertai eMED (exellent mega education), walaupun masih ragu2,aku berusaha memujuk yaya untuk mendapatkan OC untuk aku,..

OC tu bermaksud open case dimana ko akan diinterview oleh orang2 yang hebat didalam bisnes ni dan melalui interview ni ko akan dibrief pasal system syarikat, pelan syarikat, produk and pasal company,.sebagai penutup kepada interview, korunk akan dibagi satu task,.. task die korunk kena dapatkan RM3300 and introducer a.k.a manusia yang bawak ko pergi sana, akan guide korunk macamana nak dptkan RM3300 tu,.

korunk ade 4 option :

1-saving
2-loan
3-family
4-kawan2

tapi mostly kite student mana ade saving yang banyak,
loan? student mana boleh buat loan,..
family? of course family kite akan tentang, belajar pun belum habis, sibuk nak buat biz,.
so kena la gunakan option no 4, pinjam duit dengan kawan2,..

aku rase ni tindakan yang bodoh bila terpaksa meminjam duit hanya untuk buat bisnes yang aku tak nampak hujung pangkalnya dimana,. bila aku tanya banyak2, dwrg akan akap, "hah, lau nak tahu banyak2, cepat2 la jadi AF macam kitorang"

AF tengkorak hang, duit entah la kemana, hutang berkepuk, belajar pun tak habis, pastu dok jadi scammers kat budak2 yang baru masuk U dengan suh habiskan duit PTPTN join benda alah ni lak,..MEMANG TAK LA!!

for much good information, korunk boleh baca entry ni :  http://mellesbios.blogspot.com/2011/10/menyesal-tak-amik-medic.html

40 comments:

  1. Huuuu umi rasa mcm nak marah je gan kawan dear tu tau .. nampaknya die memang sengaja biarkan dear gan wani tu .. baru wani pat pujuk dear ..

    Start die suruh dear pinjam duit .. time tu umi rasa tak sedap hati .. dapat cium niat jahat die tu .. nape la suke buat orang mcm ni kan .. dear masih student lagi .. duit yang diorang dapat tu memang tak halal jadinya ..

    cian dear ..huuuu

    ReplyDelete
  2. umi, cerita bella panjang sgt ke? umi faham tak apa yang bella nak sampaikan?huhu, mase taip ni tgh marah sbb ramai kwn sendiri yg tertipu ngan ajakan scammer2 ni and then kena paksa join mcm bella,. bella tak nak orang lain kena, at least apa yang bella taip ni dpt jadi peringatan untuk dwrg, cane dwrg akan ditrick and treat,.

    ReplyDelete
  3. ermmm... jangan la terpengaruh dengan MLM ni lagi ek... menipu je semuanya tu...

    ReplyDelete
  4. sorry lama x singgah ..bz skit

    ReplyDelete
  5. TK: baik, sumpah jak agy, tak nak dah percaya and ikut even kawan sekali pun

    abg khairul: hehe, tak pe, faham:)

    ReplyDelete
  6. wow... sekarang memang banyak benda camni.. nasib la kau sedar cepat. kalau tak, lagi banyak duit melayang. konsep idup aku senang je. no work no money.

    ReplyDelete
  7. MLM...

    xpenah terserempak lagi nih..
    klau terserempak mintak2 xdalah cepat terpengaruh..huhu

    ReplyDelete
  8. bella lim: tahu tak pe, nasib la kan, lau tak,entah apa jadi pun aku tak tahu,. tu pun mase dah sedar, nak lepas dr dwrg amat susah,. lastly, sbb tak tahan, nekad gak cabut dr rumah member aku tu,. hehe, like ur concept babe, aku pun sama, no work no money and yang paling penting, aku rela basuh cuci pinggan dari dok rekrut org suh join and beli product tah pape,.

    SKL: lau dwrg bwk g tempat2 exclusive and ramai manusia dlm lingkungan studenta ngan pakai smart2 and bawak buku kat tangan, hah, betul la tu geng2 MLM, cepat2 la cabut before kena brainwash k:)

    ReplyDelete
  9. BODOH>>>>siapa yang paksa org join MLM ni memang jahat!
    I pernah terkena....rugi RM 150 tp nasib baik I cepat sedar....
    Sumpah I tak kan join mana-mana MLM lagi.....BENCI BENCI BENCI!

    ReplyDelete
  10. haha, kan2?? lau jumpa mana2 bdak MLM mmg rasa nak fire je cukup2, sesuka hati je paw duit orang,.. babe, bagus la, next time jgn terlibat and yg penting jgn la sesekali percaya dah kat member walaupun rapat mana pun,huhu..

    ReplyDelete
  11. wah u pun beratus jugak habes kan. kenapa u kasi? sbb terinfluence eh? i penah dgr jugak benda ni tapi tak join and tak amik tau sbb mana macam tippuuu je kan. perlu lebih berwaspada lagi lepas ni eh. :)

    ReplyDelete
  12. hehe,good for u:),.. i tak sangka pun my friend sanggup manipulate i dgn ajak i TEMAN die pergi treatment tp at last rupanya die involved kan i ngan bisnes MLM,..i tak sedar pun tu MLM sampai la i tgk die die punye bisnes plan,..hehe, ok babe, insyaAllah i will:)

    ReplyDelete
  13. macam mana nak biar org tu sedar dia da terjebak MLM ni?? DEGIL pulak tu hahaha ce bg idea bernas

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. betul3.. saya pun kena sbijik.. membbe ajak pegi treatment... siap nak g amik kt kolej lg tu... pdhal xpenah btegur pun dgn dia... disebabkan sy pun xknal dia sgt..so, sy pun ikut die.. mcm2 alasan sy buat.. dia siap nk pinjam duit sy smpai rm1000...mmg jgn harap la nak bg..

    ReplyDelete
  16. cerita u sebijik macam ai dah terkena last year. sama je kekdah dorang. banyak mengabeskan duet student je n org yg bekerja. bangang.. melayang duit ai rm250. mmber tu pun mcm sial. ajak join blk pkl 2 pagi esk keje. waklu.

    harap lingkup la bisnes dorang

    ayat "betoi2, bila lagi, awak ok" sume repeat je.

    ReplyDelete
  17. Huhuhu penah kena gak yang macam ni.. Tapi katenye nak gi interview.. Mintak teman.. Then dlm kete ade org lain gak.. Haihhh rupe2nye nak terkono.. Tapi nasib baik.. Diorg brainwash mcm mana pun tetap tak nak masuk.. Dgn alasan diorg ni kira melayu tolong melayu.. Tolong pelingkup adalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, akak liza pun ada pengalaman camni? cayya lah! xD

      Delete
  18. sy pown trkena... bru smalam... frst time.. pegi... ble smpai kat sne.. sy try google... mse treatment tu... sy mmg xsng dduk dh... mmg lpas treatment tu diorg ajak g msjid wilayah smbhyg jemaah.. tp sy xjoin... hari nie pown ajak pegi lg.. tp sorry... xkn pegi dh... syg sribu kli syg.. yg pegi sana.. bkn nya xde pelajaran.. leh kata sume educated person... tp xnmpk kbnaran nya.. mreka sdg trtipu... nsb bk sy blom bg duit pape2...

    ReplyDelete
  19. salam... sy prnh pegi treatment nie skali... sbb kwn sy yg pkse... now... boleh x sy nk kmpul kn org yg prnh trlibat dgn treatment nie... boleh tolong hubungi sy x? kalau cukup bukti kita akn cuba bawa perkara nie ke pengadilan... mmg ssh... tp kte akn cuba... sy xsnggup lihat yg mnjd mngsa anak mlayu.. dh tu kbnyakan yg brpelajaran.. jgn tkut klu kte di pihak yg bnr... Allah itu maha adil... tolong hubungi sy dgn kadar segera... cerita kan pengalaman anda.. tapi saya berharap anda berkata benar.. sy akan minta bntuan ayah sy... in shaa allah.. smoga Allah permudahkan urusan kita... bg kwn sy yg bwk sy ke treatment nie hari tu.. sy bkn nk jtuh kn org lain... tp sy syg kn kwn2 sy even bru knal... apatah lg ade yg dtg dr kg bwa amanat kluarga utk dtg stdy.. tp trjebak dgn aktiviti yg xsht nie... sy sgt brhrp ade yg akn hubungi sy.. ini email sy zaina_reezana12@yahoo.com... walau pown lpas nie mgkin sy akn di serang oleh mreka2 yg tdk brpuas hti... sy redha.. tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan saya ramai join akak, stakat ni tak berjaya lagi la pujuk saya join dorang. hehe.

      Delete
    2. I volunteer. haha. tak sanggup la tengok anak bangsa diperalatkan dengan mudah acam saya dulu. noob gila kot. no fon sy :0172103845. <---semangat. haha (geram)

      Delete
  20. saya pun ada pengalaman yang sama.. serius menyesal giler..

    ReplyDelete
  21. sama la....rasa cam plan nak pergi balik tempat tu.kumpul segala fakta masa sesi dia nak bercakap tu ban diorang habis2 keluarkn semua fakta L tak bags and all those crap thingy. sembahyang tapi makan duit orang the hell. cara yang sama laa saya kena.sampai bila nak guna kupon kwn awak. daheck. and rm250 dah lesap sebb malas nak dgr diorg banyak bunyik hahaa. nanti plan nak pergi baliklaaaa....konon2 nak join, then hentam. hah.tak dapat pape. tp dpt mengelakkn budak2 baru terjebak and puas hati. sape nak join? haha

    ReplyDelete
  22. Nampaknya even setelah berbulan2 modus operandinya tetap sama. onecom oh onecom.

    ReplyDelete
  23. hi..saya pun dah terkena..melayang rm250..tp xsempat pegi oc sbb nmpak pelik sgt..n then trus stop contact ngn member tu..td gatal sgt contact member yg still active mende nie..ktenye da bli kedai kt kelantan..nk bukak e.mini..haha..kesian..saya xtau bape byk die utang da..pliss..bantu saya untuk menyedarkan dia..saya sayangkan kawan saya tu..

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. sedih..buat business dgn care memakse nie..lama aku perhatikan rata kebanyakan yg join adalah golongn pelajar..aku tak taw perasaan dorang..aku nmpk ade yg wat fake happiness..luaran buat mcm happy..tapi dalaman kita x taw..aku ase ade yg teraniaya sbb nk tolong kawan,kesian kt kwn and ade yg kn pysco kaw2 smpi kn mrh kene maki..dan ade yg termakan dgn kata2 jnji manis palsu kosong..
    lau tolong org jadi lebih baik kene la be honest and sincere..jgn ade unsur penipuan , paksaan dan musnahkan silaturrahim yg yg terjalin sesama insan antara kita disebbkan benda nie.." bkn senang jadi senang , bkn susah nk jd susah" phm?

    ReplyDelete
  27. nsib en google jmpe blog ni....klau x...brape riban la melayang....diorng psiko je lebihhh

    ReplyDelete
  28. Smalam aku fah game diorang sebelum o.c ...

    ReplyDelete
  29. Smalam aku fah game diorang sebelum o.c ...

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum bella... saya sangat setuju dgn pandangan bella terhadap apa yg diorg buat tak betul sbb menggunanakan cara paksaan....saya juga mengalami nasib yg sama seperti bella juga munggkin inilah cara ALLAH hendak menguji Hamba-hambanya.... ingatlah dgn ujian yg ALLAH bagi mesti Ada kebaikan yg bakal datang.... Semoga ALLAH memberikan Kekuatan terhadap bella.... saya ada niat nak kumpul seberapa banyak orang yg telah dipaksa joint benda ni sehingg terpaksa berhutang 3k utk medapatkan status IF.... saya harap bella boleh lah komen di blok saya iaitu http://einservice.blogspot.com......saya harap bella boleh lah sebarkan kepada rakan yg lain yg pernah terkena dgn cara diorang ini.... bagi pendapat saya mesin E-life itu tidak bersalah apapun tetapi yg salahnya Orang yg usahakannya.... WAALLAHHUALAM

    ReplyDelete
  31. You describe it the best! sy pn pernah terkena. exactly the same story line. beware people, especially uni students. they're targeting u guys!

    ReplyDelete
  32. salam, mlm ni sy abiskan dengan mmbaca entry pada blogers yg pernah terkena dgn scam licik diorng dr sume entry yg sy bace, kalan cerita boleh dikatakan identical la, taktik diorng pakai same., sy hampir terkena, skrg sy nk cr introducer sy iaitu housemate sy, dia hutang sy RM1525, sape boleh bgtau dekat mane port diorang lepak dekat hartamas tu, sy cuma dapat tau diorng slalu lepak kedai mamak nama maju, kalo kwn2 boleh bg nama tmpt secara detail sy amat hargai pertolongn anda. emel sy haroro87@gmail.com sy nk serbu tmpt tu utk dptkn duit sy. housemate sy ni lepas larikan diri dr sy, sy dpt taw dia dah beli kereta, tergerak hati nk locate dia guna wechat kwan, dti moment kt wechat sy dpt taw dia beli iphone 5s yg berharga 2k lbh... start dari time tu sy sungguh2 nk cari dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg port baru dorg kat Pelita Nasi Kandar Hartamas,saya bru je join dorg smlm kat ctu,,sy pn di'brainwash' oleh penipu2 ne,then hrne dorg msg sy terus snyap..mentang2 sy student degree 1st sem terus nak tipu sy..mmg geram!! nasib xde byr pape lg huhu

      Delete
  33. Mamak solaris..tp itu lepas jam 1am..
    Kalau nak serbu betul dan confirmkan..boleh ke the weld jalan raja chulan.
    Cakap je introducer nama kawan tu..

    ReplyDelete
  34. Astaghfirullahalazim igtkan sy je kene....ramai lagi yg lain...sy rase marah bebal, xthn xsanggup, sy korban mase rehat sye, dsbbkan tu sy bgaduh dgn family saye, saye rase mcm di brainwash....sumpah sy menyesal ikut dy org

    ReplyDelete
  35. untuk info seputar paket Family Gathering di Bandung yang murah tapi ga murahan ya javaorganizer.co.id jagonya :)

    ReplyDelete