Tuesday, June 19, 2012

stay away from MLM

benda ni sebenarnya dah hampir 2 bulan berlaku kat aku and aku tak berniat pun nak cerita secara umum,. tapi disebabkan geram and bukan aku seorang yang kena, aku rase aku tak dapat nak berdiam diri,. biarlah aku dituduh sebagai tutup periuk nasi orang ke ape,aku tak kisah,. yang penting apa yang terbeban dalam hati aku ni terlepas and apa yang aku sampaikan ni menjadi peringatan untuk kawan2 aku,.


benda ni berlaku bila tibe2 aku dapat call dari seorang kawan yang aku tak pernah rapat and even bercakap pun tak pernah sebenarnya ,. tiba2 call sebab nak ajak aku teman dia buat treatment,. aku pelik, asal ajak aku lak? napa tak ajak kawan2 rapat die yang lain? tapi masa tu aku tengah busy nak lintas jalan, so aku abaikan je la soalan dalam otak aku tu and just cakap, "tak boleh, aku kat tasik ni nak g training" ,. pastu die still pujuk cakap tak boleh ke teman die? die sanggup ambik aku kat tasik,. aku serba salah and tanya, napa tak ajak kawan2 die yang lain?,.. die jawab semua sibuk buat thesis,. so aku fikir, aku tak buat thesis sem ni, maybe sebab tu la die ajak aku,. tapi aku still serba salah nak teman sebab aku x nak skip aku punye training, so aku cakap la, lau ko nak pergi after maghrib boleh la aku teman, lau tak, tak dapat la,.die reply agak lambat and cakap, tak pe la, die pergi dulu

so, haritu aku tak ikut la die,. kebetulan keesokkannya, aku terjumpa one of her bestie and terus tanya kawan dia tu, "eh nini, yaya ada ajak tak ko pergi teman die buat treatment? and kawan die jawab, " tak. kenapa?" aku terkejut, habis tu mana die dapat no aku? aku ingatkan kawan2 die yang rapat ni la suggest aku teman die, tapi rupanya bukan,.walaupun pelik, aku diam je la and keep positive maybe sebab aku je la manusia yang tak busy masa tu,.

.................................................................................................................................................

kepelikan aku tak habis kat situ, hari isnin, after je aku habis kelas, tibe2 aku dapat lagi mesej dari yaya (bkn nama sebenar),tanya aku free tak petang tu,. aku yang sememangnya free, jawab je la free and tanya kenapa? yaya ajak aku teman die buat treatment lagi,..disebabkan rase bersalah tak dapat teman die haritu, tanpa banyak tanya aku jawab OK,.

petang tu die datang amik aku, tapi yang aku herannya die bukan datang sowrang2, tapi lam kereta tu ade lagi member die yang lain and aku tak kenal pun sape orang tu,. heh, dah ade member tapi ajak aku lagi,. aku da bengang!!,. ye lah, aku ingatkan die betul2 tak de member sebab tu ajak aku, tapi ade je pulak orang lain ngan die,. tanya punya tanya, die cakap kawan die ni pun bawak member sebab tu die nak bawak member gak,. lam otak, ouh maybe sebab die segan sowrang2 and xde partner, sebab tu ajak aku,so aku ok la sikit,.

dipendekkan cerita:

sampai la ke tempat yang dituju,. ( PART NI LA AKU TAK SUKA)

masuk je kat bangunan treatment tu, tetiba je aku terasa macam manusia asing,.. diorang semua macam dah familiar dengan satu sama lain, saling bertegur sapa and beramah mesra,. and aku je manusia baru kat situ,. hell yeah, aku sengih2 je la cam orang bodoh bile orang yang aku tak kenal tu menegur yaya,. aku pelik, pandang kiri kanan, tempat apa ni? aku budget datang teman yaya buat treatment kat specialist hospital dengan pakar doktor yang memang diiktiraf, tapi tak de lak aku nampak pakar2 doktor,. yang ada hanyalah lambakan manusia yang seusia dengan aku,..

ok, fine,. aku ikut orang, follow je la rentak die,. kehulu kehilir follow, lepas tu sampai la aku ke dalam bilik yang dipenuhi mesin yang rupanya lebih kurang cam cpu @ dalam kata lain dipanggil mesin Elife,.. alih2 masuk lam bilik tu, ngan aku2 sekali join treatment (haih, bukan aku peneman je ke?),.. lepas treatment, ade sesi feedback,. kat dewan sesi feedback, kitorang dibahagikan mengikut kekerapan datang and pangkat keahlian kitorang,. aku first timer, so berada la aku dalam kalangan bulatan budak2 first timer and perlu memberi feedback selepas menggunakan mesin terapi yang dikatakan bernilai DUA JUTA (katanya la),.. dengan intro mengatakan sesiapa yang menggunakan mesin terapi tu akan lebih b`ENERGETIC and positif,.. walhal aku tak rase pape pun and emcee yang terlebih pakar kedoktorannya cakap badan aku dalam bahaya sebab tak sensitif sedangkan orang lain semua at least ade la rase effect sikit2 cam lenguh la, pening la and whatsoever after guna mesin tu,..

lepas sesi feedback, pergi sembahyang berjemaah kat masjid negeri (katanya, "dunia, dunia juga, tapi ukhrawi kami tak lupa, walhal dah pukul 11 lebih kowt),.. after tu sambung lagi agendanya kat kedai mamak lak,..

sampai kat kedai mamak, lepas dpt tempat duduk, yaya pergi beli makanan, aku lak terkebil sowrang2 kat meja tanpa kenal seorang pun manusia kat situ,.

tibe2 ade la sowrang minah nama wani datang sweet talk aku and cerita macam2 yang bagus sal mesin terapi tu and last sekali cakap, "bella, beli la voucher sendiri, badan awak teruk tu sebab tak sensitif,.. awak tahu tak mesin basuh yang ade sensor tapi tak berfungsi dengan elok? bile mesin tu nak meletup, baru sensor tu bunyi,. sama la macam badan awak sekarang, contohnya lau awak ade kanser,. bile kanser tu dah ade diperingkat yang bahaya baru dapat detect,.mase tu tak ley buat pape dah, awak nak ke?? heh, aku terkebil2,. die tambah lagi, "hari ni yaya dah belanja awak, die guna kupon die sendiri sebab awak kawan die,tapi sampai bile awak nak guna kupon die? die maybe tak cakap, tapi awak patut tahu, treatment kat sini bukannya murah..sekarang ade promotion, bayar RM250 dapat 15 kali treatment + 15 kali pergi celebrity fitness, untung la, kitorang dulu mase beli, RM250 tu dapat 5 kali treatment je + 2 kali sesi percuma and dapat blackberry percuma (lau aku tak silap dgr),.

sape suruh ko belanja kupon tu dekat aku? bukan aku suruh pun!!pastu buat ayat budget aku lak yang patut berterima kasih, deim it!

aku cakap tak de duit, pastu die tanya, takkan tak de langsung kowt? aku cakap takde, ade RM50 je nak buat makan,. pastu die cakap, hah, tu ada, bayar sikit2 pun boleh,. lepas aku bayar makanan, ade la balance RM40 lebih, walaupun berat hati, aku bagi la jugak duit aku lam RM30,.. lepas bagi RM30, cepat2 die mintak IC aku and pergi photostat, aku blur2, seriously otak aku dah penat masa tu and tak dapat nak fikir apa2,.. dah bagi RM30, boleh lagi datang and tanya, takkan lam bank pun tak de duit? aku dengan bodohnya jawab, ade tapi RM200 je,..  pastu wani tu sambung talk lagi and cakap, "skrg ni ade promotion, promotion tu sekejap je tau, entah2 esok die da tutup,.. sebab dulu kan, start la cerita pasal seorang pacik yang mula2 ego tak nak beli, tapi esokkan dtg balik nak beli tapi promotion tu dah habis (kan dah rugi?),..

aku macam lembu kena cucuk hidung je masa tu, dah la sowrang2 , yaya pun hilang entah kemana,..

dah kena brainwash macam nak rak, aku pun dah termakan kata2 wani, baru la yaya dtg and mase tu wani arahkan yaya bawak aku g bank tuk keluarkan duit,..

so total malam tu aku dah bagi RM150 dekat diorang,..

hari2 seterusnya aku still ikut, ye la, aku da bayar kan, of course la aku ikut,.

seperti biasa, wani dtg manis2 muka, talk aku and cakap sampai melibatkan mak ayah lak, die tanya, "tak sayang mak ayah ke? tak nak ke bawak mak ayah datang sini? bagi guna terapi ni, bagi sihat? takkan bile mak ayah dah tak de, baru nak nyesal?

mase tu aku kena bayar lagi RM100 tuk dapatkan kupon tu,. aku pun cakap, of course la aku syg, tapi aku bukannya ade PTPTN or SCHOLAR, mana aku nak cekau duit? duit yang mak aku bagi tu pun cukup2 untuk makan and beli keperluan je,.. pastu wani tu senyum (seriously aku rase cam loser mase tu) and cakap, kawan2 kan ade, pinjam la dengan kawan2,.. wdf? sepanjang hayat aku tak penah pinjam duit ngan orang, tetiba nak pinjam? mmg tak la,. aku pun balas, "lau camtu, pinjam ngan wani je la" die pun cakap, "eh, napa lak nak pinjam ngan wani? bella kan ade kawan lain, pinjam la ngan kawan2" ,,. ok, tak pe, pinjam ngan yaya je la tie, dengan slumbernya aku jawab,. tapi wani balas balik, "eh, jangan la pinjam dengan yaya, ni pun die dah bayar kupon tuk awak, takkan nak mintak ngan die lagi? pinjam la dengan kawan lain,.

seriously aku rase nak mengamuk, aku tak suruh pun yaya tu byr untuk aku, tapi cara die cakap macam aku ni yang terhutang budi dengan yaya, serius shit!!


dalam tak sedar rupanya aku dah masuk MLM,. siap dibrainwash dengan kata2 motivasi macam, "awak ni bella, complicated sgt,. lagi satu emotional,..awak tahu tak kenapa wanita kat dunia ni banyak yang gagal? semua sebab emotional la,. dah kuatkan hati k, awak datang dengan orang yang hebat,yaya tu orang yang hebat dekat sini,. so awak mesti boleh jadi hebat macam die jugak, jangan sia-siakan peluang yang awak ade k"

dengan terharunya aku menerima nasihat dari seorang wanita yang digelar manusia hebat didalam bisnes MLM tu,..and after dipaksa menyertai eMED (exellent mega education), walaupun masih ragu2,aku berusaha memujuk yaya untuk mendapatkan OC untuk aku,..

OC tu bermaksud open case dimana ko akan diinterview oleh orang2 yang hebat didalam bisnes ni dan melalui interview ni ko akan dibrief pasal system syarikat, pelan syarikat, produk and pasal company,.sebagai penutup kepada interview, korunk akan dibagi satu task,.. task die korunk kena dapatkan RM3300 and introducer a.k.a manusia yang bawak ko pergi sana, akan guide korunk macamana nak dptkan RM3300 tu,.

korunk ade 4 option :

1-saving
2-loan
3-family
4-kawan2

tapi mostly kite student mana ade saving yang banyak,
loan? student mana boleh buat loan,..
family? of course family kite akan tentang, belajar pun belum habis, sibuk nak buat biz,.
so kena la gunakan option no 4, pinjam duit dengan kawan2,..

aku rase ni tindakan yang bodoh bila terpaksa meminjam duit hanya untuk buat bisnes yang aku tak nampak hujung pangkalnya dimana,. bila aku tanya banyak2, dwrg akan akap, "hah, lau nak tahu banyak2, cepat2 la jadi AF macam kitorang"

AF tengkorak hang, duit entah la kemana, hutang berkepuk, belajar pun tak habis, pastu dok jadi scammers kat budak2 yang baru masuk U dengan suh habiskan duit PTPTN join benda alah ni lak,..MEMANG TAK LA!!

for much good information, korunk boleh baca entry ni :  http://mellesbios.blogspot.com/2011/10/menyesal-tak-amik-medic.html

Thursday, October 6, 2011

botak juvana itu kekasih aku

kat ruangan komen, ada orang tanya aku,

"nape ngn ko?ko bermasalah ke?ko nak jd mcm botak citer juvana tu?haha"

to afzalsukasuki, aku tahu ko mesti pelik bila aku tak jawab soalan ko kat ruangan komen,. excelli, mase bace komen ko, sebenarnya aku tersentap and tak tahu nak jawab apa,. tapi demi mengelakkan kepelikan sebab tak jawab komen ko, so aku just shout out kat shoutmix ko yang botak tu hati baik,. aku tertanya2 nape ko tanya macam tu? entry aku pasal kawan and bukannya aku cerita pasal aku pecah rumah, pukul orang, or ape2 yang boleh memudaratkan orang lain,.

emm,aku malas nak fikir banyak2,so aku just conclude, maybe pertanyaan tu just spontan keluar daripada ko or mungkin disebabkan gaya aku menulis entry,. dan demi menjawab persoalan ko, aku akui aku memang budak yang bermasalah,,. jadi macam botak? bukan setakat jadi macam botak, malah identiti yang lebih dasyat dari tu pun aku pernah terfikir nak jadi,. aku pernah terbayang nak jadi PEMBUNUH CILIK YANG TEGAR cam chucky tu tapi cerita FAIRY TALES yang indah seringkali mematikan watak jahat dalam diri aku,.

tapi sekarang setiap kali dihambat kegelapan and kisah silam, tiada apa yang mampu tenangkan aku,. no such fairy tales story in my laptop, so aku terpasa lepaskan kejahatan didalam diri nie didalam blog, so aku harap ko faham kenapa entry aku macam nie ;)

Monday, October 3, 2011

sahabat baik aku

kisah lalu membuatkan aku serik, aku benci ada kawan baik, aku tak suke kawan dengan perempuan, bagi aku diorang jahat,. suka cakap belakang2,. pentingkan diri sendiri,. tak setia dalam persahabatan,. and seribu satu lagi ragam perempuan yang aku tak suka and membuatkan aku rase tak rugi pun aku tak kawan dengan diorang,. bagi aku, aku kuat,. aku mampu hadapi segalanya seorang,. lagipun selama ni pun, aku je yang jadi pendengar setia diorang, bantu diorang, teman diorang, tapi diorang? tak pernah ada untuk aku,. aku dah malas kisah pasal kawan, lau ada yang nak kawan ngan aku pun, aku kawan je, tapi to be close with me, sorry!! you are not eligible,.

gile berlagak kan ayat aku? tak,aku tak berlagak cuma aku confident,. aku confident yang aku akan bahagia even tanpa diorang,. aku tak perlukan kawan baik sebab aku mampu tenangkan hati aku sendiri, aku mampu makan seorang, aku mampu jalan seorang,. lagipun aku tak de life yang menarik untuk dishare,. life aku hanya penuh dengan mimpi2 yang tak kesampaian,. aku lebih suke berseorangan, menikmati setiap perjalanan hidupku, tanpa harapkan kehadiran sesiapa,. aku tak perlukan korunk, tapi lau korunk perlukan aku,tak pe aku masih ada untuk korunk,. biar la korunk hadir hanya untuk meminta pertolongan, aku sedia membantu walau aku sendiri kesusahan and tak ada siapa yang nak amik tahu,.

tapi, aku sedar tak semua perempuan macam tu,. lagipun tu kisah lama, mungkin sebab mase tu diorang belum matang and tak mengerti makna persahabatan,. kini,semakin aku dewasa, semakin ramai yang aku kenal, and aku terpaksa akui masih ramai yang layak dijadikan sahabat,. and aku gembira adanya mereka semua,. tapi, aku masih aku yang dulu, suka buat apa2 bersendirian,.aku tak suka rapat ngan orang, aku masih takut pengalaman dulu berulang, cukup la setakat tu,. selagi aku belum yakin, biar lah aku sendirian tanpa teman,. sebab besar maknanya seorang teman untuk aku,.

tapi tahun 2010, memulai segalanya,. chess menemukan kita,. aku bangga sebab ade kawan macam ko,. thanks steph,. thanks sebab selalu ajak aku makan sama, thanks sebab selalu lepak ngan aku, thanks sebab selalu dengar cerita aku yang ntah pape,. thanks sebab buat aku happy ngan perli-perlian ko yang best,. thanks sebab selalu support aku buat blog,.and thanks for everything,. and ko patut tahu yang aku amat berbangga bila ko kata aku berlagak,. ko nak tahu nape? sebab ko satu2nya manusia yang stay kwn ngan aku even aku macamni,.

dia satu2nya kawan aku yang tahu aku ada blog but already changed the link,hehe..