Thursday, October 6, 2011

botak juvana itu kekasih aku

kat ruangan komen, ada orang tanya aku,

"nape ngn ko?ko bermasalah ke?ko nak jd mcm botak citer juvana tu?haha"

to afzalsukasuki, aku tahu ko mesti pelik bila aku tak jawab soalan ko kat ruangan komen,. excelli, mase bace komen ko, sebenarnya aku tersentap and tak tahu nak jawab apa,. tapi demi mengelakkan kepelikan sebab tak jawab komen ko, so aku just shout out kat shoutmix ko yang botak tu hati baik,. aku tertanya2 nape ko tanya macam tu? entry aku pasal kawan and bukannya aku cerita pasal aku pecah rumah, pukul orang, or ape2 yang boleh memudaratkan orang lain,.

emm,aku malas nak fikir banyak2,so aku just conclude, maybe pertanyaan tu just spontan keluar daripada ko or mungkin disebabkan gaya aku menulis entry,. dan demi menjawab persoalan ko, aku akui aku memang budak yang bermasalah,,. jadi macam botak? bukan setakat jadi macam botak, malah identiti yang lebih dasyat dari tu pun aku pernah terfikir nak jadi,. aku pernah terbayang nak jadi PEMBUNUH CILIK YANG TEGAR cam chucky tu tapi cerita FAIRY TALES yang indah seringkali mematikan watak jahat dalam diri aku,.

tapi sekarang setiap kali dihambat kegelapan and kisah silam, tiada apa yang mampu tenangkan aku,. no such fairy tales story in my laptop, so aku terpasa lepaskan kejahatan didalam diri nie didalam blog, so aku harap ko faham kenapa entry aku macam nie ;)

Monday, October 3, 2011

sahabat baik aku

kisah lalu membuatkan aku serik, aku benci ada kawan baik, aku tak suke kawan dengan perempuan, bagi aku diorang jahat,. suka cakap belakang2,. pentingkan diri sendiri,. tak setia dalam persahabatan,. and seribu satu lagi ragam perempuan yang aku tak suka and membuatkan aku rase tak rugi pun aku tak kawan dengan diorang,. bagi aku, aku kuat,. aku mampu hadapi segalanya seorang,. lagipun selama ni pun, aku je yang jadi pendengar setia diorang, bantu diorang, teman diorang, tapi diorang? tak pernah ada untuk aku,. aku dah malas kisah pasal kawan, lau ada yang nak kawan ngan aku pun, aku kawan je, tapi to be close with me, sorry!! you are not eligible,.

gile berlagak kan ayat aku? tak,aku tak berlagak cuma aku confident,. aku confident yang aku akan bahagia even tanpa diorang,. aku tak perlukan kawan baik sebab aku mampu tenangkan hati aku sendiri, aku mampu makan seorang, aku mampu jalan seorang,. lagipun aku tak de life yang menarik untuk dishare,. life aku hanya penuh dengan mimpi2 yang tak kesampaian,. aku lebih suke berseorangan, menikmati setiap perjalanan hidupku, tanpa harapkan kehadiran sesiapa,. aku tak perlukan korunk, tapi lau korunk perlukan aku,tak pe aku masih ada untuk korunk,. biar la korunk hadir hanya untuk meminta pertolongan, aku sedia membantu walau aku sendiri kesusahan and tak ada siapa yang nak amik tahu,.

tapi, aku sedar tak semua perempuan macam tu,. lagipun tu kisah lama, mungkin sebab mase tu diorang belum matang and tak mengerti makna persahabatan,. kini,semakin aku dewasa, semakin ramai yang aku kenal, and aku terpaksa akui masih ramai yang layak dijadikan sahabat,. and aku gembira adanya mereka semua,. tapi, aku masih aku yang dulu, suka buat apa2 bersendirian,.aku tak suka rapat ngan orang, aku masih takut pengalaman dulu berulang, cukup la setakat tu,. selagi aku belum yakin, biar lah aku sendirian tanpa teman,. sebab besar maknanya seorang teman untuk aku,.

tapi tahun 2010, memulai segalanya,. chess menemukan kita,. aku bangga sebab ade kawan macam ko,. thanks steph,. thanks sebab selalu ajak aku makan sama, thanks sebab selalu lepak ngan aku, thanks sebab selalu dengar cerita aku yang ntah pape,. thanks sebab buat aku happy ngan perli-perlian ko yang best,. thanks sebab selalu support aku buat blog,.and thanks for everything,. and ko patut tahu yang aku amat berbangga bila ko kata aku berlagak,. ko nak tahu nape? sebab ko satu2nya manusia yang stay kwn ngan aku even aku macamni,.

dia satu2nya kawan aku yang tahu aku ada blog but already changed the link,hehe..

Sunday, October 2, 2011

yang tua kita hormati, yang muda kita sayangi

dulu masa kecik2, tak kire la orang tu umur berapa, asalkan tua drpd aku, aku mesti bantai pakcik untuk lelaki and mak cik or kakak untuk perempuan,.aku ulang pak cik untuk lelaki dan kakak or mak cik untuk perempuan,.korunk nampak tak kepelikan ayat aku diatas? tak ada perkataan abg yang aku sebutkan untuk lelaki padahal lau kat perempuan boleh lak panggil kakak,. ok, wujud diskriminasi disitu,.and kenapa? sebenarnya aku pun tak tahu kenapa, tapi aku segan nak sebut perkataan abang,. lagipun aku rase gediks je lau panggil lelaki tu abg,. and mungkin aku simpan panggilan tu untuk yang teristimewa

tapi sekarang aku dah besar, nampak pelik la pulak lau aku still panggil lelaki yang lagi tua dengan panggilan pak cik. silap haribulan nanti dwrg kecik hati lak ,.tak pun mesti dalam kepala diorang cakap, "ape ko ingat  ko budak kecik nak panggil aku pacik? padahal umur bukannya ketara sgt,. emm, kadang2 aku pun confius nak panggil dgn panggilan ape,. maybe lau panggilan untuk orang yang bekerja yang pakai tie,smart2 ngan kemeja tu, aku boleh bantai encik,. tapi lau abang2 kacak yang jaga topup or serve2 kedai makan segala tu, aku nak panggil ape? takkan encik gak? gile formal!!

dipanjangkan cerita, sebenarnya apa yang lebih merunsingkan aku ialah komunikasi antara sesama blogger,. aku tertanya2 panggilan apa yang sesuai untuk blogger2 yang lebih berusia dari kita?? lebih2 lagi lau yang dah kahwin and sebaya ngan ayah kita, takkan nak bantai ngan panggilan nama kowt? abg? erkk, geli,. takkan abg sebab pangkat ayah? encik? lol, kang buat blog sebab nak lepak2 and santai, so cam formal la lau guna encik, so apa pendapat korunk??

tu bagi kategori yg sebaya ayah kita, macamana lak yang tua sikit dari kita tapi dah kahwin? takkan nak bantai abg gakz kowt? kang tak pasal2 isteri die jeles and perang dunia lak,. lau kita budak sekolah maybe boleh consider tapi nie dah remaja, so apa pendapat korunk? and untuk yang baya2 kite, its ok la lau bantai nama je,.

maybe ada yang anggap panggilan2 antara sesama blogger nie hal yang remeh, tapi tidak bagi aku,. sebab bagi aku tak kira dimana2 kita berada, didunia realiti or maya, yang tua mmg patut dihormati,. and bagi aku panggilan yang betul adalah salah satu cara macamana kita nak hormat orang tu,. aku just sebut panggilan untuk lelaki, panggilan untuk perempuan aku akan smbg kat next entry,.entry nie dah panjang, aku tak tahu la ade orang consider tak pasal nie,.


*entah2 aku sowrang je yang fikir,emm*